Sunday, May 29, 2011

PERSEDIAAN MENTAL

1. Perbezaan Alam Bujang dan Alam Rumahtangga

Suami isteri hendaklah mengetahui dan menyedari perbezaan berikut :

‘Alam Bujang’ bermaksud mana-mana lelaki atau wanita yang belum pemah melakukan akad nikah yang sah mengikut hukum syarak.

‘Alam Ruinahtangga’ bermaksud mana-mana lelaki atau wanita yang sudah diakadnikahkan secara sah mengikut hukum Syarak.

Tanggungjawab manusia sama ada semasa alam bujang mahupun setelah berumahtangga adalah terhadap Allah, diri sendiri, keluarga dan sekalian makhluk.

Firman Allah Ta’ala dalam surah Ali Imran ayat 112 :

  • Maksudnya : "Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah)".

Keistimewaan beribadah bagi pasangan yang telah berumahtangga :

  • Solat orang yang berumahtangga ganjarannya adalah 70 kali ganda daripada solat orang yang bujang.
  • Amalan anak-anak yang belum baligh, ganjarannya adalah diterima oleh kedua ibubapanya.
  • Kematian anak yang masih kecil akan menjamin ibubapanya masuk Syurga.
  • Memberi makan anak isteri adalah sedekah.
  • Bekerja mencari nafkah adalah jihad.

2. Tanggungjawab suami

  • Patuh kepada perintah Allah dan Rasul. Ianya bertepatan dengan Firman Allah Ta’ala dalam surah An-Nisa’ ayat 59:
    • Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pu/a kesudahannya”.
  • Menjadi pemimpin (ketua keluarga) kepada anak dan isteri.
  • Mengajar ilmu Fardu ‘Ain kepada anak dan isteri seperti berikut :
    • Ilmu Tauhid, supaya akidah mereka berbetulan dengan akidah Ahli Sunnah WaI-Jamaah.
    • Ilmu Feqah, supaya ibadahnya berbetulan dengan syariat agama.
    • Ilmu akhlak, supaya terhiaslah kehidupannya dengan akhlak terpuji.
    • Ilmu Tasauf, supaya ia ikhlas dalam beramal dan dapat menjaga segala amalannya dan rasa riak, ujub dan takabbur.
  • Memberi nafkah zahir seperti makan, minuman, pakaian dan tempat tinggal dan wang dan punca usaha yang halal.
  • Memberi nafkah batin.
  • Sebagai penasihat dan pemudahcara kepada ahli keluarga.
  • Bertanggungjawab memastikan jalan dan laluan hidup mengikut lunas-lunas Islam.
  • Berlaku adil dan tidak menzalimi anak isteri.
  • Memberi keutamaan kepada urusan kebahagiaan rumahtangga.
  • Memastikan tidak berlaku sebarang kemaksiatan dalam rumahtangga.

3. Tanggungjawab isteri

  • Patuh kepada hukum Allah dan Rasul.
  • Patuh kepada perintah suami samada dalam keadaan susah dan senang kecuali yang bertentangan dengan hukum syarak.
  • Sentiasa berhias din untuk suami sahaja.
  • Sentiasa menjaga din dan rumahtangga.
  • Menjadi pendorong dan penasihat dalam hal kebajikan.
  • Memahami hal-hal yang digemari dan dibenci oleh suami.
  • Segala tingkahlaku dan perbuatan hendaklah menyenangkan hati suami.
  • Sentiasa mendoakan keselamatan atas suami dan keluarganya dalam setiap waktu terutama selepas sembahyang.
  • Sentiasa menambah ilmu agama dan serta amalan-amalannya dengan gemar membaca, mendengar kaset-kaset syarahan agama, menonton dan mendengar rancangan berbentuk agama di televisyen dan radio serta mengikuti majlis-majlis ta’lim.
  • Bersifat keterbukaan dan (menilai diri).

4. Ciri-ciri dan adab suami soleh dan isteri yang solehah

Ciri-Ciri Suami Yang Soleh :

  • Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga.
  • Tidak kedekut dan bersikap sederhana di dalam perbelanjaan keluarga.
  • Kasih sayang, mesra serta mengambil berat terhadap ahli keluarga.
  • Tidak terburu-buru dalam menerima aduan, khabar-khabar angin.
  • Tidak berlaku curang.
  • Jujur serta sentiasa menepati janji terhadap anak dan isteri.
  • Sentiasa menjaga kebersihan diri zahir dan batin.
  • Mencegah perkara-perkara yang mungkar di kalangan keluarga.

Ciri-Ciri Isteri Yang Solehah :

  • Segera menyahut dan hadir apabila dipanggil oleh suami.
    • Maksudnya : “Jikalau seorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu isteri itu menolak kemudian suami itu bermalam dalam keadaan marah maka isterinya itu dilaknat oleh para malaikat sehingga waktu pagi”
  • Muttafaqun A’laih
  • Tidak membantah perintah suami selagi tidak bertentangan dengan hukum Syara’.
  • Tidak bermasam muka terhadap suami.
  • Sentiasa menuturkan kalimah-kalimah hasanah (yang baik-­baik).
  • Tidak membebankan suami dengan permintaan yang diluar kemampuannya.
  • Keluar rumah hendaklah dengan izin suami.
  • Berhias hanya untuk suami.
  • Menilai pengorbanan suami.
  • Tidak membenarkan orang yang tidak diizinkan oleh suarni masuk ke dalam rumah.
  • Menerima tunjuk ajar daripada suami.
  • Menghormati mertuanya serta kaum keluarga suami.
  • Sentiasa berada dalam keadaan bersih.
  • Isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.

5. Cabaran Hidup Suami Isteri

Suami isteri hendaklah juga mengetahui dan bersedia menghadapi cabaran hidup sebagai suami isteri. Antaranya adalah seperti berikut:

Cabaran Dalaman :

  • Kejahilan tentang pengurusan keluarga dan rumahtangga.
  • Kekurangan persediaan untuk menjadi suami dan isteri samada dan segi umur dan kematangan.
  • Tidak memahami matlamat perkahwinan yang sebenar.
  • Tiada kemampuan fizikal.
  • Sikap penbadi semulajadi yang negatif

Cabaran Luaran :

  • Ekonomi yang tidak stabil.
  • Keadaan persekitaran yang tidak menjurus kepada kebahagiaan rumahtangga.
  • Perkahwinan yang tidak direstui oleh keluarga.
  • Berlainan budaya dan cara hidup.
  • Perkahwinan yang tidak kufu.
  • Tidak boleh menyesuaikan din.
  • Tiada kemahuan mengasuh, memelihara dan mendidik anak.
  • Pengaruh media massa yang tidak terkawal.

6. Gangguan Orang Ketiga

Dalam mengharungi hidup berumahtangga tidak dapat dinafikan akan melibatkan pihak-pihak lain seperti mertua, ipar duai, saudara mara dan rakan-rakan serta jiran tetangga. Oleh yang demikian, suami dan isteri hendaklah menjaga batas-batas yang digariskan oleh Islam supaya tidak menjejaskan perhubungan dan keharmonian rumahtangga mereka.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah ayat 229:

  • Maksudnya : “Dan barangsiapa yang melampaui batas-batas hukum Allah maka sesungguhnya ia telah menzalimi dirinya sendiri”

FirmanNya lagi:

  • Maksudnya : “Wahai Nabi, serulah isteri-isteri dan anak-anak perempaunmu serta perempuan-perempuan yang beriman spaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa hendak keluar). Cara yang demikian lebih sesuai untuk dikenal (sebagai perempuan yang balk). Maka dengan ini mereka tidak diganggu dan ingatlah Allah amat mengampun lagi amat mengasihani “.

Al-Ahzab : 59

7. Psikologi Suami Isteri

Suami isteri hendaklah saling memahami psikologi pasangan masing-masing. Dengan yang demikian dapat mengurang risiko krisis dan seterusnya dapat menerima perubahan-perubahan fzikal dan emosi yang berlaku di kalangan mereka.

8. Mengiktiraf Kelemahan Dan Kekurangan Diri

Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekurangan masing-­masing umpamanya sikap suami yang suka buang masa, pemarah atau cepat berang. Sikap isteri pula suka berleter, terlalu cerewet, suka mengumpat dan tidak amanah di dalam menyimpan rahsia dan lain-lain sifat yang negatif. Firman Allah Taala:

  • Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, Janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diolok-olokkan lebih baik daripada mereka”.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...